Tuesday, November 29, 2011

Mood Stress!!!!!!

Memetik kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam ceramah motivasinya..stress adalah suatu yang normal dalam kehidupan..orang yang tak pernah stress dalam hidupnya adalah abnormal..orang gila je kot tak stress hehehe..

Kalau kita merasakan hidup di dunia ni suatu yang sangat stress..belajar stress..tak ada duit stress..cari duit stress..orang buat hal stress..kereta rosak stress..barang hilang stress..segalanya stress..huhuhu

Kita kena ingat jugak hidup di alam kubur nanti lagila bertambah-tambah stress. Stress sebab apa? stress nak melayan dan nak menjawab soalan mungkar nangkir tuh.. tak termasuk kena dera lagi..tak kena gaya lagi ada penyiksaan2nya lagi ( kalau kena la..)..boleh rasa aman hormani ke?? nauzubillah minzalik..tambah-tambah lagi di Hari Pembalasan kelak..semua orang dok sibuk mundar mandir..mengigil2 dan berpeluh2 tubuh kita nak tunggu giliran untuk kita dihisab dan dihitung amalannya..penentuan ke syurga atau neraka..stress jugak tau kalo difikirkan atau dibayangkan..mudah-mudahan Allah menetapkan iman kita dan memberikan kekuatan dan pertunjuk dari-Nya untuk meneruskan hidup di atas landasanNya...

Cerita bab stress ni..saya juga tidak ketinggalan turut mengalaminya..bila kita stress ia memberikan kesan kepada mood kiter..dari mood gembira bertukar menjadi muram durja..dari byk cakap terus jadi pendiam..dari rasa cool terus rasa nak marah-marah je..itu kesan emosi.

Hati umpama akar dan tapak utama dalam tubuh kita. Hati ini sangat penting. Cuba bersihkan dan sucikan hati itu. Jauhi segala prasangka-prasangka buruk dan prejudis. Cuba amalkan sikap untuk berlapang dada dan redha. Kalau rasa susah sgt2..mohon lah doa kepada Allah..doa agar hati kita ni bersih..bersihkanlah hati ku ni ya Allah...Hindarilah rasa resah gelisah..duka.

* Terus terang sy katakan disini, sy tgh stress gara2 duet ku ilang.. hilang?????? mustahil sy cuai!! seingat sy duet tu baru jerk dapat, terus aja masukkan dalam purse neh. hurm...

1 comment:

ch@ said...

dah jupe ke duet ann? mana letak? ke mmg hilang? sabar eh, kena letak tempat lain tanpa diketahui orang. pregnant takmo stress-stress, cian baby nnt.