Mentua dan menantu Tinggal Sebumbung... - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Mentua dan menantu Tinggal Sebumbung...

27 June 2011

Mentua dan menantu Tinggal Sebumbung...

Nik Nurehan | Monday, June 27, 2011 | 1 Komen
Perkahwinan merupakan ikatan suci yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Hubungan yang diberi nama ‘perkahwinan’ ini bukan sahaja untuk diri sendiri dan pasangan, malah turut meliputi hubungan antara kedua-dua belah keluarga. Oleh yang demikian, perkahwinan yang dibina bukan sahaja antara suami dan isteri, tetapi keseluruhan keluarganya termasuklah ibu bapanya.

Kebiasaannya, setelah mendirikan rumah tangga, pasangan suami dan isteri akan memilih untuk tinggal di rumah sendiri. Atas sebab-sebab tertentu, ada juga pasangan yang memilih untuk tinggal di rumah mentua. Namun, timbul satu persepsi iaitu jikalau pasangan suami ataupun isteri duduk serumah dengan mentua, pastinya akan wujud satu masalah yang sukar diselesaikan. Masalah tersebut pastinya berkait rapat dengan perasaan, hati, dan jiwa. Bak kata pepatah, ‘dekat bau tahi, jauh bau bunga’. Mungkin itulah yang akan terjadi apabila pasangan yang sudah berkahwin duduk serumah dengan mentua. Hal ini mungkin berlaku pada sesetengah pasangan sahaja dan bukan keseluruhannya. Tatkala menjalani hidup sebagai suami isteri di rumah mentua, pasti ada baik dan buruknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan antara mentua dan menantu. Jika anda bijak mengawal keadaan, pastinya tidak akan berlaku masalah walaupun duduk serumah dengan mentua.

Panduan untuk menjadi menantu yang baik

1. Anggaplah ibu mentua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2. Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mentua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mentua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3. Elakkan konflik dengan mentua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti ‘ditelan mati emak, diluahkan mati bapak’.

4. Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mentua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5. Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mentua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mentua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumah tangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mentua.

6. Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mentua.

7. Berbaik-baiklah dengan semua ipar duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8. Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mentua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain.Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mentua dengan perkara-perkara yang kita mampu lakukan. Buatlah dengan seikhlas
hati.

9. Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumah tangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang, dan sebagainya. Ingatlah bahawa: “Reda Allah pada seseorang anak adalah bergantung kepada reda daripada ibu bapa anak tersebut”.

* Telah dibincangkan sebelum kahwin,kami bdua akan menetap di rumah parents Ann. Incik Suami bsetuju & fmily mertua ok shj. Ye lah, Ann kan anak tunggal. x kan pulak kami akan berpindah keluar utk myewa rumah lain atau tinggal bsama mertua. Lgpun rumah mertua x de la jauh pun. Heeeee.. Bila2 masa boleh pegi. TQ Incik Suami. Love you so much!!


Related Posts

1 comment:

  1. Baguslah kalau suami izinkan. Iena doakan yg terbaik buat kalian berdua. Kalau ke kelate haruss nak g jumpa ann. Kalau dtg belah sini contactlah yer

    ReplyDelete

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com