Tuesday, June 28, 2011

CHIM CHUM AT FOOD VILLAGE

Have you been in Pengkalan Chepa before? Pengkalan Chepa from Kota Bharu is just 10km.

Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik MELAYU bolehlah berkunjung ke :
FOOD VILLAGE RESTAURANT LOT 1184 KG, BAUNG, JLN PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU KELANTAN.
Pernah dengar makanan "Chim Chum"? Kalau anda pernah makan steamboat, mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa. Menurut beliau juga, Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun, konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan.
Anda boleh bakar dan rebus daging, ayam, sotong, isi ketam, fishball, kulat, sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas.

Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.

Harga per head : RM 13.90. Makan la semanyak mungkin tapi elakkan drpd pmbaziran oke! hihi.

8 comments:

Lindy said...

Awesome! Just Rm 13.90??! WOW

AKO @ retna said...

oo kira cam stimbot la ni kan... ;-)

Nik Nurehan said...

yeap. seorang rm 13.90 shj. makan sbyk mukin. pegi dgn perut kosong lg bebaloi. haha

Nik Nurehan said...

kak ret : kira steamboat gak la. tp dia panggil chim chum. keke. bepeluh2 mkn kt situ.

Hans said...

adoiyaiiiiiii
terliur den tgok
adoi
sedap2

Juvana Episod 10

suesephia said...

suka datang sini best !

Periuk Chim Chum said...

Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

Terdapat 3 pilihan saiz -
Saiz S (30cm) - RM 70.00
Saiz M (35cm) - RM 90.00
Saiz L (40m) - RM 120.00

**Untuk borong harga boleh runding.
**Harga tidak termasuk kos penghantaran.
**Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
**Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....

DilaMilin said...

Wahh..boleh singgah berbuka puasa ni..hehe.. :)