Apa itu UMBUT KELAPA..?? - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Apa itu UMBUT KELAPA..??

02 December 2010

Apa itu UMBUT KELAPA..??

Nik Nurehan | Thursday, December 02, 2010 | 0 Komen
Umbut kelapa memang sedap. Jarang dapat makan maklum lah nak dapat umbut kelapa bukan senang sebab kena tebang sebatang pokok kelapa baru boleh dapat umbutnya. Ini sejenis makanan yang agak sukar dijumpai. Juga, amat sukar untuk mendapatkannya kerana ia terletak di puncak pohon kelapa.

Satu pokok kelapa hanya mampu mengeluarkan satu batang umbut kelapa. Dan lagi, jika kau mengambil umbut kelapa sesebuah pohon, bermakna kau sudah membunuh pohon itu. Sungguh sadis bukan...
Ah, pedulikan saja kesadisan itu. Yang aku tahu, umbut kelapa ini mempunyai rasa yang menakjubkan.

Kalau sblm2 ni mmg x pernah makan tau. tapi sejak akhir2 neh, org kata rezki jgn ditolak kan.
Kalau umi kery wt gulai mesti ada jek sbekas utk kami. Trima Kaseh Umi.
yeap2 kami yg duk kt bandar neh bkn nya buat gulai umbut ni. Stakat kari2 ayam, ikan tu biasa la. tapi kalau dimasukkan umbut tak pernah oke! lg pun kt2 sini mana ada jual umbut.

Pada sesiapa yang tak tau apakah itu umbut kelapa ni sebenar adalah dibahagian pucuk daun atau dimana buah kelapa berada , ha kat situ la bahagian umbut kelapa . Bahagian luar kulit ,pucuk daun dan daun serta buah kelapa perlu di potong dan dibersihkan dulu untuk dapat bahagian dalam umbut yang lembut . Rasa umbut ni berlemak , manis sikit dan ranggup. Tapi bila dah dimasak rasa umbut ni macam ubi keledek+ubi kentang , hmmm memang sedap.

Ini la umbut bahagian paling pucuk dalam batang kelapa.

Bahagian isi ni la yang sedap.

Umbut yang telah dibelah dan dipotong-potong kecil, sebelum dibasuh dan sedia untuk dimasak.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com