Friday, March 01, 2013

BERPANTANG ;

BERPANTANG bagi wanita hamil dibahagi kepada dua jenis.

Pertama : pantang berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat.

Kedua : pantang berdasarkan pertimbangan perubatan.


Pantang bahagian pertama, iaitu suatu pantang bagi wanita hamil untuk tidak berbuat sesuatu berdasarkan pada kepercayaan sesuatu masyarakat bahawa kalu suatu perbuatan dilakukan oleh wanita hamil, kelak bayinya akan cacat atau wanita bersangkutan akan tersiksa ketika melahirkannya.

Misalnya, pantang untuk membunuh cicak, masak hasil buruan, menyembelih ayam, melalui pohon besar tertentu dan lain-lain yang berasl dari dongeng atau kepercayaan nenek moyang dahulu. Cerita dongeng dan kepercayaan nenek moyang adalah perbuatan syirik, adalah haram.

Tiarah ialah merasa sial atau akan bahaya kerana mendapat isyarat kejadian tertentu pada binatang. Tertimpa cicak dianggap bala atau malapetaka yang akan diterima oleh empunya atau ahli keluarganya.

Larangan Tiarah ini disebutkan dalam hadis berikut:

“Dari Qabishah bin Mukhariq, ujurnya: “Saya mendengar Rasullah saw bersabda: “ Membaca garis tangan merenung nasib (dengan isyrat kejadian tertentu) dan melepas burung untuk diketahui apakah terbang ke kiri atau kanan adalah perbuatan sesat.”

(Riwayat Abu Dawud)

Pantang kedua, pantang yang berdasrkan pertimbangan perbuatan atas kesihatan. Mislanya, wanita hamil tidak boleh banyak makan nenas kerana menyebabkan keguguran atau wanita hamil dilarang meminum ubat tertentu tanpa nasihat doctor kerana membahayakan keselamatan bayi dalam kandungan.

No comments: