Thursday, February 07, 2013

Manusia dan Harta

Suka kepada harta merupakan tabiat semulajadi manusia. Firman Allah .Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Ali ‘Imran ayat 14 bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”.

-          adakah harta yang dimiliki adalah hak mutlak kita atau hak mutlak Allah SWT?
-          Adakah membelanjakan harta di jalan Allah akan menyebabkan harta kita semakin berkurangan atau semakin bertambah ekoran keberkatan yang dikurniakan Allah?
-          Adakah harta yang dikumpul di atas dunia ini akan berkekalan selamanya dan boleh di bawa sekali ke liang lahad?
-          Adakah harta yang dimiliki boleh menjamin kebahagiaan seseorang sekiranya tidak ada keberkatan pada harta tersebut?
-          Apakah yang paling penting dalam kehidupan seseorang demi menjamin kebahagiaan di akhirat kelak?

No comments: