Saturday, February 09, 2013

Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)


Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)

Caesarean section ialah sejenis kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan mengancam ibu atau pun bayi.

Sejarah

Terdapat mitos yang menyatakan perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section. Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu, caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.

Perkembangan teknik pembedahan dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun, terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.

Mengapa anda memerlukan caesarean section ?

Laporan mengenai bersalin secara pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).

‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:

1. kandungan kembar
2. Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
3. plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
4. ibu mengalami darah tinggi yang serius.
5. mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya

‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :

1. untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat.
2. bukaan serviks tidak memadai.
3. kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj.

Prosedur

1. Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
2. Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
3. Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
4. Saluran intravena juga akan dimasukkan. 
5. Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
6. Bahagian bawah uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah dibedah.
7. Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
8. Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
9. Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
10. Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
11. Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
12. Uterus akan dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan. Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
13. Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.

Secara umunya masa diambil dari masa kulit di insisi sehingga bayi dilahirkan adalah 5 minit. Selebihnya adalah masa untuk lain-lain pembedahan selama 30minit.

Apakah yang akan terjadi kepada saya selepas bersalin melaui pembedahan (Caesarean Section)?

1. Anda perlu tinggal di hospital untuk 3 hari.
2. Selepas pembedahan, anda pasti akan berasa mengantuk.
3. Anda akan diberikan ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan apabila anda bangun.
4. Anda akan mendapati bahagian otot badan anda berasa lemah dan kendur. Jangan bimbang selepas 6 minggu, anda boleh melakukan regangan badan untuk mendapatkan bentuk badan anda semula.
5. Cuba untuk bergerak seawal yang boleh untuk meningkatkan peredaran darah dan mengelakkan darah membeku dibahagian bawah badan anda.
6. Cuba untuk bangun dari katil selepas sehari melakukan pembedahan. Anda boleh meminta tolong jururawat jika memerlukan sokongan fizikal.
7. Anda perlu mengambil setiap perkara dengan mudah dan berehat sebanyak yang mungkin. Anda seharusnya tidak mengangkat barang-barang yang berat dari berat bayi anda.
8. Anda mungkin akan membongkokkan badan anda sedikit apabila ingin berdiri tetapi ingat anda harus berdiri dengan lurus.
9. Pakai seluar dalam yang mempunyai pinggang yang tinggi dan lembut supaya dapat mengelakkan dari terkene tempat yang luka.
10. Untuk minggu pertama , anda perlu melembapkan sahaja diri anda dengan span untuk mengelakkan air yang banyak dari terkena luka anda.
11. Selepas tujuh hari bersalin, anda perlu kembali ke hospital untuk megeluarkan jahitan.
12. Anda boleh mandi seperti biasa selepas jahitan dikeluarkan.
13. Parut akan kelihatan seperti garisan halus dibawah pinggang.
14. Kadangkala parut menjadi lebih sensitif, gatal dan tidak selesa untuk beberapa minggu sebelum ia pulih. Luka anda mungkin pulih sepenuhnya dalam masa 6 minggu selepas bersalin.
15. Kadangkala, parut akan membengkak. Anda boleh mendapatkan krim dari farmasi untuk mengurangkan ketebalan luka .

Mitos

Mitos 1: 
Jika sekali anda melalui pembedahan secara Caesarean, selamanya akan melalui pembedahan secara Caesarean.
Fakta: 
Pada masa dahulu, insisi dilakukan secara menegak untuk pembedahan secara caesarean, mengakibatkan luka menjadi parah dan ada risiko pendarahan semula apabila ingin bersalin melalui faraj. Oleh itu, memang sepatutnya apabila telah melalui pembedahan Caesarean, akan berlaku pembedahan Caesarean semula apabila bersalin akan datang. Pada masa kini, insisi dilakukan melintang dibawah bahagian rahim. Kaedah terbaru telah dapat mengurangkan kehilangan darah dan risiko pendarahan rahim. Disebabkan itu, wanita digalakkan untuk bersalin melalui faraj setelah melalui pembedahan Caesarean jika keadaan mereka dapat berbuat demikian. Bagaimanapun, setelah melalui 2 atau lebih pembedahan Caesarean, si ibu dinasihatkan untuk bersalin secara pembedahan Caesarean (Elective Caesarean) kerana dipercayai risiko parut Caesarean akan berdarah adalah tinggi berdasarkan bilangan pembedahan Caesarean yang telah dilalui. Risiko rahim akan berdarah apabila bersalin melalui faraj setelah melalui Caesarean adalah 1% dan risiko untuk kehilangan bayi atau komplikasi berkaitan (bayi atau ibu) adalah 10% ke 30% apabila pendarahan berlaku.

Mitos 2: 
Pembedahan Caesarean akan mengelakkan risiko organ punggung jatuh atau kencing tidak terkawal berbanding bersalin melalui faraj.
Fakta: 
Terdapat kaitan antara kesan jangka masa panjang dan trauma bersalin melalui faraj dengan peningkatan risiko organ punggung jatuh dan kencing tidak terkawal. Bagaimanapun, ini bukan sebab untuk bersalin secara pembedahan Ceasarean. Setiap wanita seharusnya mengelakkan atau menghindari perkara yang tidak dijangka tersebut dengan mengambil langkah mengekalkan berat badan yang sehat dan mengamalkan ‘pelvic floor exercise’(Senaman Kegel) selepas bersalin.

Mitos 3:
Sebelum bersalin seseorang wanita yang mengandung boleh dijangka untuk bersalin melalui faraj atau sebaliknya.
Fakta: 
Beberapa kajian telah menunjukkan adalah kurang tepat untuk menjangkakan sesetengah saiz punggung tertentu adalah sesuai untuk sesetengah bayi. Kaedah ‘ultrasound mempunyai 10% ke 20% kurang tepat dalam menjangkakan berat bayi. Oleh itu, kebanyakan doktor mendapati kesesuaian seseorang wanita untuk bersalin melaui faraj adalah melalui ujian makmal