Sunday, October 14, 2012

TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!!

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. 

 "Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. "Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. 

Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka. ibu bapa diingatkan sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah

2 comments:

Fara Fadzil said...

bagus tips nih! satu lagi paed saya ajar (applicable kalau baby tuh dah besar n kuat sikit)..
kita letak sebelah kaki kat kerusi/sofa/tempat tinggi..n baringkan bayi atas peha kaki yang kita dah angkat tuh..make sure lutut lebih rendah dari aras pinggang kita..
automatically, kepala kat bawah..kaki kat atas dalam keadaan lurus..n then, bole tepuk as u said tuh =)

visit my blog: www.naturally-vitamin.blospot.com

jaakechik said...

tips yg bagus ni... bolehpraktis masa nak kedua coming soon, masa anak first dulu, memey xgheti benda2 guini. x brapo expert..hehe