Thursday, August 02, 2012

Kuih Kelantan.

Photo: Beli kuih piana, buah tanjong & taik itik~~ slamat berbuka... Aish!! Jgn!! Blum cukup masanya lg. Kiki....

Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa di sana. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur bercampur tepung dan disira dalam air gula.
Kuih bunga tanjung berbentuk titisan air dan bewarna kuning. Ia dibentuk dengan menggunakan acuan dan dibentuk menurut cita rasa pembuatnya di dalam air gula.

Kuih tahi itik merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik, menurut cita rasa pembuatnya.
Kuih tahi itik disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dengan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam bentuk tertentu kerana ia pada kebiasaannya hanyalah kuih sampingan kepada penyediaan kuih lain.

No comments: