Tuesday, July 10, 2012

Hilangnya Juwita

Apa komen anda mgenai drama mana hilangnya juwita?
hurm. jalan cerita nya agak slow. maap, kalau saya katakan ia tidak menarik.
hehe. jalan ceritanya mbuatkan saya bosan oke!

Kisah ini bermula dengan Anggun, kakak Juwita yang ingin membongkar kehilangan adiknya. Anggun, gadis kampung merantau ke bandar setelah mendapat tahu Juwita hilang. Juwita yang selama ini menjalani kehidupan sebagai pelajar dan juga model separuh masa di ibu kota disyaki terlibat dalam kancah pelacuran dan kegiatan dadah.

Dua minggu sebelum kejadian kehilangan Juwita diketahui, sebuah parti liar telah dianjurkan di ibu kota . Semua model-model popular dan orang bandar menghadiri parti tersebut. Pelbagai insiden berlaku di parti itu sehinggakan sekujur tubuh kelihatan dihapuskan. Adakah itu Juwita?

Akibat tidak dapat menghubungi Juwita selama beberapa hari, Anggun tidak dapat duduk diam. Nalurinya mendapati ada sesuatu yang buruk menimpa Juwita. Berbekalkan alamat yang diberikan Juwita setahun yang lalu, Anggun mengambil keputusan untuk ke bandar bagi mencari adiknya. Dalam perjalanannya ke Kuala Lumpur , dia terlibat dalam kemalangan dan hampir dirogol oleh orang mabuk yang berkeliaran di flat usang.

Anggun ingin melaporkan kehilangan Juwita dibalai polis, namun Detektif Yuni menasihatkannya agar tunggu terlebih dahulu. Akibat terdesak, Anggun menghubungi Haider, bekas kekasihnya untuk mendapatkan bantuan. Mereka sudah lama tidak bertemu selepas Haider mengambil keputusan untuk merantau ke kota kerana patah hati. Adakah bantuan itu berhasil? Dapatkan Anggun membongkar misteri kehilangan Juwita? Adakah Juwita benar-benar terlibat dalam kancah maksiat ibu kota ?

3 comments:

marinahunny said...

akak punya la semangat nk tgk, iklan kat tv kan main mcm csi jek, padahal slow gile jalan cite, boring. tgk 15 minit je pastu trus tukar channel

Nik Nurehan said...

tu la. ingatkan best. sgt mhampakan!

Sha said...

Boring gila. Indah promo advertisment daripd cerita. Lakonan Lisa Surihani sangat annoying, really very desperate, dan nmpk fake, imo. Ataupun mmg dia berlakon mcm tu slalunya? Lol. Oops. Dua episode je saya tgk, tu pun sbb cerita tu lepas Masterchef Selebriti. Haha. At first, cam semangat gila nk tune in, tapi, bila da tgk 1st episode tu, ya Allah, slow gila jln cerita. Scene gaduh2 pula mesti je dgn mamat sekor tu, takde org lain. Hopefully they'll change so that the series is more exciting and upbeat.