Thursday, March 08, 2012

Tick Tock.. Tick tock.. dah 37 minggu

Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini.
Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.

Telah memasuki waktu/minggu 'standby' dan boleh bersalin bila-bila masa. Perasaan, tentulah sedikit tertekan, risau dan takut. Nak melalui saat bersalin yang sudah tentu mengalami pengalaman 'sakit' yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Moga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya . Amin.

Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka.

* Aishhh camne neh? tanda2 yg mcm mana? harap2 blum bsalin lg. biar cukup waktunya ya. heeee.. next check up 14/3 dgn doc awang nila.

No comments: