Thursday, February 09, 2012

HUKUM AZAN DAN IQAMAT ANAK YANG BARU LAHIR

Adalah disunatkan azan pada telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri bagi bayi yang baru dilahirkan secara sederhana laungannya. Digalakkan mengadap ke arah kiblat semasa azan dan iqamah itu serta melafazkan dengan cara yang sempurna.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melakukan azan pada telinga Hussin setelah dilahirkan.
(Riwayat at-Tarmizi).

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).
(Riwayat al-Baihaqi).

Antara hikmah daripada azan dan iqamah ini adalah supaya perkara pertama yang didengari oleh bayi tersebut ialah kebesaran Allah Taala serta kalimah tauhid dan syahadah dll.

No comments: