Thursday, February 02, 2012

Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya..

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri atau sesiapa shj. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan.

Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

* Masih tak puas bermanja...
tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ayah. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

* Anok rindukan ayoh!! tsangat merindui ayoh neh.. Kesian ke mok, hari2 nanges siang malam. Kalau depan mata, mok menunjukkan yg dia kuat, tetapi sbaliknya, mnanges aja di dlm hati/di bilik.

Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

* Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

No comments: