Monday, August 22, 2011

Ibadah Zakat

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."

(Surah An-Nur : 56)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."

(Surah At-Taubah : 103)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."

(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
KADAR ZAKAT HARTA

Bagi harta yang disandarkan pada nilai emas iaitu Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Saham.

Kadarnya ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan.

1 comment:

tipskerjaya said...

dengan zakat kita akan menyucikan harta kita, kerana ada hak mereka didalam harta kita, dan janganlah kita mendabik dada mengatakan harta ini kita yang cari, sebab semua nya dengan izin Allah