Wednesday, July 27, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan, AHAD ini !


Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut.-

Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011-

Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011.

Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011.

Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011.

Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.- Bernama

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2011

* excited utk tahun ini sbbnya bpuasa sbg isteri/mempunyai suami disisi.
*bpuasa/berbuka sramai 4 org dalam kata lain pnambahan ahli baru dlm kluarga.. aumm! jgn pulak korang salah paham yerk(majuk kang!!!) heeee...tambah seorang la iaitu incik suami ;)


Selamat bpuasa! wish all the muslims and to all my beloved friends & family. Happy fasting!!

1 comment:

abu idris said...

arrayah.info - Lokasi Lihat Anak Bulan Bukan Rujuk Hanya di Malaysia Sahaja