Saturday, July 09, 2011

Apa itu Sticky Album?

Apa itu Sticky Album?

Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi. Foto-foto akan dicetak di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan disusun meliputi ‘sticky area’ (muka surat bergam) pada setiap helaian album ini yang telah tersedia.
*Album ini adalah ‘ready made’.

Apa kelebihannya?
Ia amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah/sederhana dan sudah memadai untuk mengabdikan kenangan-kenangan indah anda.
Perlu diambil perhatian bahawa mutunya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Custom Album yang jauh lebih mahal.

Bagaimana menjaganya?
Ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit tetapi hanya perlu dijauhkan dari tempat yang berhaba tinggi seperti diatas peti sejuk, di atas komputer dan sebagainya. Elakkan juga meninggalkannya di dalam kereta sewaktu cuaca panas terik kerana material yang digunakan sensitif kepada haba dan kepanasan.

Apa saya dapat jika memiliki Sticky Album?
Kepuasan. Jika anda mengimpikan perkahwinan seindah bintang terkenal, kini masanya untuk anda mendapatkan sebuah Sticky Album agar foto-foto indah anda bersama suami/isteri diabadikan dalam sebuah hasil seni

Saiz Sticky Album?
Dengan teknologi digital sekarang, kulit depan dan belakang album sticky boleh dibalut dengan gambar bagi menghasilkan album lebih menarik. Gambar yang ditampal biasanya bersaiz 4R dan 8R. Bagi menghasilkan album sticky nampak lebih menarik, adalah digalakkan menggunakan album yang mukasuratnya berwarna putih atau hitam. Sekiranya album anda berwarna putih, pastikan gambar 4R yang anda print tu mempunyai border bewarna hitam dan sekiranya album bewarna hitam, buatkan border putih pada gambar yang anda print. Kedua-dua border samada hitam atau putih juga boleh dihasilkan semasa proses printing.

Apa beza antara Custom Album dan Sticky Album?
Custom Album ialah album yang direkabentuk khas dari segi grafik layout dan susunan gambar. Kemudian ianya akan dihantar cetak ke kilang. Setiap helaian adalah tebal (kulit keras), begitu juga dengan material muka hadapan dan belakangnya, boleh direkabentuk khusus mengikut kesesuaian.Manakala Sticky Album pula ialah album yang mengandungi gambar-gambar size 4R yang dicetak di kedai gambar (lab print) dan kemudian ditampal di setiap helaian album.Dari segi kualiti dan ketahanan, Custom Album adalah lebih baik dari Sticky Album. Dan sudah pasti harganya juga lebih mahal.

No comments: