Tuesday, June 28, 2011

Sailing across blue seas....

Kagum. Subhanallah, cantiknya pemandangan kat situ.....
* Pilihan incik suami, Heeeee..... di mana? cuba,cuba teka di mana ;P
Alamak!!! tidak dipersetujui oleh...... kerisauan kut2 saya 'mabuk' la pulak. muahaha.
yea yea x dinafikan/mengaku ann neh jenis 'mabuk' huweeekkk ok. hihi.
tpaksa la ditunda keinginan nk ke sini/tukar plan ke tempat lain sbg destinasi kami bdua. hurm..

Sebelum berangkat, seelok dan sebaiknya pastikan perut tidak kosong, tetapi jangan terlalu kenyang dan bagi yang tidak percaya diri boleh minum ubat anti mabuk kurang lebih 15 minit. Pilih tempat yang teduh tidak panas serta cari tempat udara yang bagus, dan tidak terperap. Berada ruangan yang ber-Air Cond.

Bagi yang mulai terasa mual dan pening sebaiknya mencuba menarik nafas dalam keadaan yang secara teratur. Siapkan kantung plastik untuk muntah jika tak dapat dicegah.


(Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut) hahahahhaa.......!!!!

  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  3. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  4. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  5. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  6. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.

No comments: