Saturday, May 21, 2011

Solekan daya penarik

Solekan mampu memberikan kuasa yang tiada tandingnya. Solekan mampu mengubah wajah seseorang menjadi anggun, cantik, dan berseri.

Panduan

♥ Bersihkan wajah
Wajah perlulah bersih terlebih dahulu daripada sebarang peluh ataupun minyak. Jika terdapat cela-cela ini, solekan akan kelihatan bertompok-tompok dan kelihatan tidak sekata.

♥ Ayu dengan solekan natural
Gaya solekan yang sesuai untuk majlis pernikahan ialah tidak terlalu tebal dengan pembayang mata dan pemerah pipi. Aplikasikan gaya solekan ini di majlis pernikahan yang biasanya diadakan pada sebelah malam. Penggunaan warna-warna tanah dan pastel akan menyerlahkan lagi kuasa solekan semula jadi itu.
Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu. Pembayang mata yang terang
dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam selain daripada kesan gemerlapan cahaya.

♥ Sembunyikan lingkaran gelap bawah mata
Lingkaran gelap bawah mata merupakan igauan besar bagi bakal mempelai. Oleh itu, gunakanlah concealer daripada tona yang hampir sama dengan warna kulit. Concealer mampu menyamarkan kesan gelap bawah mata anda.

Credit : www.pesonapengantin.com

No comments: