Monday, May 16, 2011

Sampai Bila Mahu Bertangguh?

Assalamualaikum.

Semalam
kita bangun tidur dengan azam mahu menjadikannya hari terbaik
bangun subuh
berdoa
dengan harapan dipermudahkan urusan
berlalu beberapa ketika

dugaan pertama muncul
kita berjaya
dugaan kedua muncul
berjaya juga
dugaan ketiga muncul
kita gagal
dalam hati kita sudah mula berkata
ah esok lusa sahajalah berubah
sama juga aku last-last
tanpa menyedari itulah helah terbesar Syaitan
semakin malam
semakin lalai kita pada hari ini
kemudian
sebelum tidur
terlupa memasang azam untuk esok
dalam minda kecil masih bersuara
esoklah

esok?
kita hanya boleh bersuara tentang esok
jika ianya masih ada
kita tidak mengetahui adanya atau tidaknya esok itu untuk kita
entah-entah esok sudah tidak bernyawa
entah-entah esok sudah ditanam
tidakkah dahsyat begitu

jadi
kesimpulannya
janganlah bertangguh!!

No comments: