Friday, April 08, 2011

Senarai Semak - Sokongan Borang Nikah

13 Dokumen Sokongan Borang Nikah

Penyediaan borang nikah untuk bakal pengantin perlu diambil berat untuk mengelakkan sebarang kesukaran untuk permohonan diproses. Oleh itu, bakal pengantin perlu mengetahui apa jua keperluan untuk disertakan semasa menghantar borang pernikahan. Antara dokumen sokongan lain ialah:

♥ Salinan kad pengenalan / passport (jika pemohon warga asing).
♥ Salinan kad pengenalan / passport 2 orang saksi (jika warga asing).
♥ Salinan sijil kursus pra perkahwinan (diiktiraf).
♥ Salinan borang permohonan 1wv C (jika nikah luar bandar/daerah/negeri/negara).
♥ Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/ nasir masjid/pengerusi JKKK.
♥ Borang kelulusan perkahwinan/ surat kebenaran berkahwin bagi lelaki.
♥ Surat perakuan/ pengesahan/ akuan sumpah kematian wali (bapa).
♥ Surat Wakakah (jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah)
♥ Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung/wali adalah abang lelaki sulung).
♥ Surat/ kad perakuan Islam & salinannya (jika pemohon saudara baru).
♥ Surat kelulusan KAGAT / PDRM (jika pemohon adalah tentera/polis).
♥ Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinan (jika janda).
♥ Surat kebenaran berkahwin daripada kedutaan jika warganegara asing.


No comments: