Wednesday, April 20, 2011

Sekurang kurangnya 2 bulan!!!

Kad Kahwin
Kad perkahwinan atau lebih mudah disebut kad kahwin adalah antara elemen terpenting didalam sesebuah perkahwinan.

Gunanya kad perkahwinan atau kad jemputan ini adalah untuk mewar - warkan tentang majlis perkahwinan anda yang bakal berlangsung kepada saudara mara terutama yang jauh dan juga sahabat handai dan rakan taulan.

Walaupun zaman telah berubah, teknologi telah menguasai kehidupan seharian manusia, handphone dan juga internet telah sinonim dengan kegiatan seharian kita, namun tradisi menghantar kad perkahwinan atau kad jemputan masih juga diteruskan sehingga ke hari ini.

EVOLUSI KAD PERKAHWINAN

Kad perkahwinan zaman sekarang dah banyak berubah. Zaman dulu - dulu, kad perkahwinan hanyalah sekeping kertas keras yang ringkas tetapi tujuannya tetap sama, memberitahu tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Zaman sekarang, kad perkahwinan ada pelbagai warna, gaya, rupa, corak dan sebagainya.

Kad kahwin bukan lagi sekadar kertas kosong tetapi dipenuhi dengan design - design yang cantik dan menarik serta mempesonakan.

Terdapat juga yang meletakkan gambar pada kad perkahwinan untuk mendapatkan lebih personal touch.

Penyedia perkhidmatan kad perkahwinan juga berlumba - lumba menghasilkan design - design terkini untuk menarik pelanggan.

2 comments:

pakteh wawan said...

rase jugak xsabar nak kawin hehehe

Nik Nurehan said...

hahaha.. sila2 ;) dah ada pilihan hati/calon boleh la lansung cepat2 ok!