Saturday, April 16, 2011

Raut Wajah Sempurna ;)

Solekan mata turut mendapat tempias himpunan fesyen yang cenderung dengan elemen grafik dan corak abstrak. Serakan bersama warna-warna berani membangkitkan gaya artistik. Kecantikan setiap wanita bergantung pada keadaan kulit dan cara solekan yang betul. Contohnya, untuk melindungi cela sepenuhnya gunakan bedak asas yang sesuai, di samping pemilihan gincu, pembayang mata, pemerah pipi, dan lain-lain lagi.

Panduan Membentuk Wajah

1. Untuk membentuk wajah bersegi
♥ Kontur untuk mengurangkan rahang yang lebar.
♥ Highlight hingga ke bawah bahagian tengah untuk memanjangkan wajah.

2. Untuk membentuk wajah bulat
♥ Kontur untuk mengurangkan kelebaran bahagian pelipis dan bawah tulang pipi untuk mengurangkan wajah bulat.
♥ Highlight dari kening hingga dahi dan ke bawah muka untuk kelihatan lebih bujur.

3. Untuk mengurangkan bentuk wajah bujur
♥ Kontur untuk mengurangkan kepanjangan wajah.
♥ Highlight melintang di tengah wajah untuk menghasilkan kelebaran.

Rahsia solekan tahan lama
♥ Sapukan bedak berkilau pada bahagian atas tulang pipi dan atas kening. Untuk efek glamor, gunakan pada leher dan bahu.
♥ Sapukan bedak asas pada pipi diikuti dengan bedak debu sebelum mengoles gincu kegemaran.
♥ Gunakan pembayang mata putih sahaja pada keseluruhan kelopak mata bersama maskara hitam tebal. Ia akan memberikan gaya yang memukau.
♥ Untuk mengemaskan kening, pastikan ia dilukis sedikit ke dalam bahagian kening untuk memberikan bentuk yang kemas tanpa menebalkan saiz kening.

Panduan Solekan

♥ Sembunyi cela
Tutup bayangan gelap dan tambahkan kilauan wajah di bawah mata, atas tulang kening, atas tulang pipi dan bucu bibir. Ratakan dengan lembut menggunakan hujung jari.

♥ Seragamkan kulit
Sapu bedak asas dengan berus supaya rata. Fokus pada bahagian yang memerlukan lebih perlindungan untuk memperoleh kulit tanpa cela.

♥ Mempercantikkan pipi
Senyum dan sapu pemerah pipi pada bahagian pipi secara putaran. Serta, sapukan highlighter dengan bedak asas untuk pancaran wajah sihat.

♥ Layangkan bedak
Gunakan bedak debu translucent untuk kesan kusam. Ratakan pada bahagian dahi, tulang pipi dan dagu secara lembut dari bahagian tengah ke luar garisan wajah.

* Info : MajalahPengantin

No comments: