Thursday, April 28, 2011

Butik Perkahwinan.

Baju Pengantin
Butik perkahwinan adalah elemen terpenting bagi setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan kerana ia menyediakan perkara asas dalam memeriahkan sesebuah majlis perkahwinan.

Butik perkahwinan adalah satu industri yang sangat besar dan menguntungkan di Malaysia khususnya.

Jika tidak beribu, kami pasti beratus pasangan melangsungkan perkahwinan setiap minggu di seluruh negara.

Oleh kerana itu, butik perkahwinan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Ada saja syarikat - syarikat atau individu - individu yang membuka perniagaan butik pengantin saban hari.

Selain itu, ada juga butik perkahwinan yang dijalankan secara part - time sebagai 'famili business' oleh sesebuah keluarga yang mempunyai kemahiran seperti menggubah hantaran dan menghias pelamin.

Secara amnya, perniagaan butik perkahwinan memang menguntungkan dan industri ini tidak akan pupus selagi manusia hidup.
Butik Perkahwinan
Fungsi utama butik perkahwinan adalah membekal pakaian untuk bakal raja dan ratu sehari.

Selain itu juga, terdapat butik perkahwinan yang menyediakan pelbagai khidmat lain seperti gubahan hantaran, menghias pelamin, catering perkahwinan, photographer perkahwinan dan sebagainya.

Bagi pasangan yang akan berkahwin, butik perkahwinan adalah antara top list yang harus diselesaikan.

Mahu tak mahu, butik perkahwinan harus di cari dan di dapatkan seawal mungkin kerana butik perkahwinan adalah pusat bagi menentukan adakah aura mempelai akan terserlah atau tidak pada majlis mereka.

Suka atau tidak, banyak masa akan dihabiskan di butik perkahwinan bagi membincangkan pelbagai perkara antaranya design baju, pelamin, gubahan hantaran dan sebagainya.

No comments: