Saturday, April 09, 2011

Apa itu Perkahwinan? Matlamat Perkahwinan. Tujuannya!!

Setiap makluk yang diciptakan di dunia ini berpasangan termasuklah manusia dan haiwan. Manusia telah dicipta dengan dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Di mana kedua-dua nya amat memerlukan di antara satu sama lain.

Perasaan kasih dan sayang adalah perasaan semula jadi yang terdapat di dalam jiwa manusia. Perasaan ini telah disematkan di dalam jiwa lelaki dan perempuan di dalam menjadikan pasangan yang tidak dapat dipisahkan.

Sejak dari zaman dahulu, perempuan diibaratkan sebagai bunga yang mekar dan berseri. Manakala lelaki diibaratkan sebagai kumbang yang mencari bunga yang mekar untuk dihisap madu nya. Berdasarkan daripada perumpamaan ini, terbuktilah bahawa lelaki dan perempuan amat memerlukan satu sama lain.

Bermula dengan perkenalan seorang wanita dan seorang lelaki akan lahir satu perasaan kasih dan sayang di antara satu sama lain. Apabila perasaan ini telah mekar, perlulah mereka melangkah ke alam perkahwinan yang amat digalakkan oleh semua agama.

Adat Melayu dan berpandukan ajaran agama Islam, mereka perlulah melalui beberapa peringkat sebelum bergelar suami isteri. Di antara nya ialah merisik, bertunang, akad nikah dan kenduri (hebohan).

Manusia tidak dicipta untuk hidup bersendirian di dunia ini. Dimana akan wujud perasaan sunyi dan kekosongan di dalam diri. Manusia juga tidak dicipta untuk berpasangan dengan seseorang yang tidak dicintainya dan mencintai diri nya. Melalui perkahwinan atas dasar cinta dan kasih sayang akan memenuhi keinginan hati nurani.

Jadi matlamat perkahwinan adalah kebahagian di dunia dan di akhirat. Perasaan kasih dan sayang, tanggungjawab, hormat menghormati, halal dan direstui akan menjaminkan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk menambahkan zuriat bagi menyambung keturunan manusia. Melalui perkahwinan yang halal akan melahirkan anak yang soleh/solehah yang akan menyambung sinar Islam di dunia ini. Zuriat atau anak ini akan menyambangkan doa seperti mana kita mendoakan ibu bapa kita.

Selain itu anak ini akan menjadikan kasih sayang di dalam keluarga lebih kuat dan teguh. Anak anak ini akan menjadikan suasana gembira dan bahagia di dalam rumah.



No comments: