Tuesday, March 01, 2011

Liga Super: Kelantan kukuhkan kedudukan di persada liga

01/03/2011 10:52pm
KOTA BHARU 1 Mac – Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan terus mengukuhkan kedudukannya di persada Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam ini.

Gol tuan rumah dijaringkan dua penyerang skuad negara, S. Chanturu pada minit ke-47 dan disusuli oleh jaringan Norshahrul Idlan Talaha hasil rembatan kencang pada minit ke-74.

Lain-lain keputusan Liga Super yang berlangsung malam ini:

Selangor 2 - Kedah 0

Terengganu 3 - Johor FC 0

Felda United 2 - T-Team 0

Perak 1 - Harimau Muda A 1

Pahang 2 - Sabah 2

Perlis 0 - Kuala Lumpur 0

- Utusan

2 comments:

marinahunny said...

go baby go!

Nik Nurehan said...

hihi! kelate smemangnya handal!