Monday, March 21, 2011

'Akad nikah di masjid menyimpang amalan Nabi'

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

4 comments:

AKO @ retna said...

ermmm...
rasanya maybe dalam masjid, kdg2 yg dtg tu tak tutup aurat.. so nmpk mcm x elok la kan..

better la nikah kat umah jer..

Ann-Wardrobe said...

an x brani nk komen apa2. hehe.
tapi an stuju dgn kak ret. baik di rumah! :) agak2 kita nanti di rumah ker... haha

shameel Iskandar said...

lagi teruk hari ini, segelintir artis kahwin kat mekah atas alasan nak dapat berkat. Tapi tika bersanding, dedah sana sini pulak

Ann-Wardrobe said...

mcm an paham jerk maksud shameel ni. salah seorang artis itu ;)