Wednesday, February 16, 2011

Warna yg memukau pndangan ;)

Kali kdua cik an membeli majalah pengantin ini. mcm2 menda kalau korang nk tahu dlm buku pengantin ni, kali ni bukak je majalah ada tips ngenai warna! dan jgk jenis kain/fabrik. kiranya yg bsesuaian dgn kita lah!! ;)

Warna-warna memukau pandangan majlis perkahwinan
Warna untuk majlis Pernikahan
Selain warna putih dan krim yang menjadi warna kegemaran untuk majlis akad nikah ialah warna-warna seprti baby pink, baby blue dan light grey juga menjadi pilihan. Warna hijau Tiffany juga kian mendapat tempat di hati bakal pengantin pada tahun ini. Trend warna ini kebiasaannya dipengaruhi oleh selebriti- selebriti yang menggayakan warna tersebut pada hari perkahwinan mereka, sebagai contohnya ketika perkahwinan antara Diana Rafar dan Zamarul Hisham, pasangan ini memakai warna grey untuk majlis pernikahan mereka dan warna ini menjadi ikutan ramai selepas itu.

Warna Untuk Majlis Persandingan
Untuk majlis persandingan di rumah pada waktu siang, warna-warna pastel seperi olive green, lavender dan kuning langsat sesuai dipraktikan. Bagi pasangan pengantin yang mempunyai ton warna kulit yang cerah, warna-warna seperti royalblue, purple dan turqoise dapat menambahkan lagi keanggunan pasangan mempelai. Untuk majlis persandingan yang diadakan di dalam dewan pada malam hari, warna putih gading, cream atau champagne adalah pilihan yang tepat. Kumpulan warna ini bukan sahaja menaikkan seri pengantin malah ia akan mendominasi keseluruhan warna-warna pakaian para jemputan yang hadir. Elakkan menggunakan warna yang sama dengan warna dekorasi dewan persandingan.
Fabrik dan kesesuaian rekaan

Fabrik dan kesesuaian rekaan
Pertumbuhan kedai- kedai yang menjual fabrik menjadikan bakal pengantin hari ini rambang mata untuk memilih fabrik sesuai yang bakal digayakan pada majlis perkahwinan kelak. Fabrik seperi lace italy, beaded lace, sifon, beaded sifon, aplique lace, dutchess satin, net plain, italian crepe adalah antara fabrik yang menjadi pilihan para pengantin di Malaysia. Selain fabrik yang diimport fabrik tempatan seperti songket dan tenun juga mula mendapat tempat kembali. Bukan sahaja untuk busana persandingan malah sesuai juga untuk majlis berinai dan akad nikah. Asal pandai menggayakan pasti penampilan terserlah.

Dutchess satin- Bagi mereka yang mengimpikan rekaan pakaian ala ballgown atau dress potongan ‘hourglass’, fabrik ducthess satin adalah fabrik yang harus anda gunakan, permukaannya yang lembut dan kurang kilat menjadikan setiap rekaan nampak eksklusif.Selain itu, fabrik ini juga mempunyai volume yang membuatkan setiap rekaan nampak elagan apabila digayakan.

Thai Silk/ Shantung Silk- Fabrik ini sesuai untuk pakaian pengantin lelaki. Tetapi, satu kekurangan pada fabrik ini ialah fabrik ini mudah berkedut dan akan nampak lusuh selepas satu cuciannya.

Italian Crepe- Bagi mereka yang kurang gemar menggunakan satin sebagai dasar rekaan, anda bolehla beralih kepada fabrik ItalianCrepe ini. Fabrik ini bukan sahaja kurang berkilat malah ia juga lembut dan beralun. Untuk menambahkan lagi kesan mewah pada rekaan, lapiskan dengan fabrik shiffon.

Sifon- sesuai untuk majlis akad nikah, potongan kurung moden dengan kain bertingkat dan berpanel menyerlahkan lagi kelembutan fabrik ini. Juga boleh digabungkan dengan lace dan juga beaded sifon.

Songket- rekaan yang sesuai untuk songket adalah rekaan yang bercirikan tradisional seperti kebaya dan juga kurung. U ntuk lebih segar, ada juga rekaan pakaian daripada songket ini disuai padankan dengan fabrik lace. Songket penuh juga amat sesuai untuk pakaian pengantin lelaki. potongan baju Melayu dengan teknik jahitan ala jacket.

Beaded sifon / lace- Sesuai untuk rekaan dres atau rekaan-rekaan moden kontemporari. Sifon datang dalam beberapa kualiti, light sifon ataupun heavy sifon. Untuk pakaian pengantin seeloknya gunakan heavy sifon kerana keratan rentasnya yang lebih kuat dan kurang mengecut.

No comments: