Tuesday, January 25, 2011

Tips Serlahan Warna Natural, Menggoda & Dramatik ;)

Natural Bersahaja
Solekan semula jadi selalunya melibatkan aplikasi solekan dari warna-warna tanah atau pastel seperti jingga, coklat, peach dan merah bata yang lebih keperangan.

Tip: Bagi anda yang berkulit sawo matang mahupun gelap, cuba elakkan warna yang lembut dan manis seperti merah jambu kerana ia akan kelihatan janggal.
Sebaliknya, biasakan diri menggunakan warna yang lebih bersifat tanah seperti jingga, coklat atau gangsa.

Sentuhan Dramatik
Sentuhan dramatik dari calitan pembayang mata berwarna hijau mampu menyerlahkan solekan anda, sesuai buat wanita yang berkulit gelap mahupun cerah.

Tip: Padanan gincu dari rona lembut seperti merah jambu adalah pilihan terbaik kerana ia menyuntik sedikit keceriaan yang sememangnya kontra dari rona gelap dari efek pembayang mata.

Merah Menggoda
Tiada yang lebih memukau berbanding warna merah terang bak delima yang sememangnya hangat dan menggoda.

Tip: Menerusi warna-warna terang pada solekan, pastikan anda hanya menumpukan ‘warna hangat’ tersebut pada satu kawasan sahaja. Jika bibir diterangi dengan warna terang, solekan mata harus lebih lembut agar solekan menjadi seimbang.

Credit : Mjalah Pengantin

No comments: