Friday, December 31, 2010

Putu halba kuih musim hujan !


“Macam inilah bila hujan, makin ramai, kuih musim bah ini memang sedap makan masa hujan, makin lebat makin sedap”

Kuih yang dimaksudkannya adalah putu halba iaitu sejenis kuih istimewa yang mungkin hanya muncul pada musim hujan, di antara bulan November dan Disember.

Diperbuat daripada ubi kayu yang kini tidak lagi menjadi pilihan utama sajian zaman moden, keenakan putu halba masih boleh mengecurkan liur sesetengah individu terutama ketika musim tengkujuh.

“Bila dicuba, sedap pula rasanya, jadi setiap musim tengkujuh saya memang tak lepas peluang beli putu halba ni.


Tapi kenapa kuih ini hanya muncul pada musim tengkujuh?

Jawapannya ialah pada bekalan ubi. Lazimnya pada musim tengkujuh, ramai yang mula menuai ubi kayu bagi mengelakkannya rosak kerana tempat tanaman digenangi air.

Justeru, keadaan itu menyebabkan lambakan ubi kayu. Lama-kelamaan, timbul idea untuk mempelbagaikan kegunaan ubi kayu termasuk membuat kuih putu halba.

“Biasanya ubi kayu direbus atau dibakar, kemudian dimakan bersama kelapa parut dicampur gula dan sedikit garam. Ada juga yang suka makan ubi kayu bersama ikan tamban kering.

“Tetapi biasanya hanya orang tua-tua yang suka makan ubi kayu sebegitu, sebab itulah dipelbagaikan kegunaan ubi kayu ini dengan membuat kuih putu halba.

proses membuat putu halba sememangnya unik. Tidak seperti kuih lain, putu halba diperbuat daripada hampas ubi kayu yang dicampur manisan kelapa dan sedikit biji halba.

Ramuan membuat putu halba mudah didapati iaitu ubi parut yang dikeringkan dan dikukus dengan menggaul bersama halba. Ia berintikan gula Melaka dan bersalut kelapa parut di luarnya.

Gamba dr incik google, petikan : kosmo

2 comments:

P A U L I N E said...

saya pernah jumpa org buat kuih dgn mengunakan p'alatan yang sama dengan kat atas tu.. tapi tak tau nama apa kuih tu sbb tak pernah cuba.. XD sya jumpa waktu bulan puasa..

happy new year 2011.. may love and prosperity always be with you and your family..

Nik Nurehan said...

kuih ini sedap. lebih2 kalau dimakan dgn kelapa yg manyak!! cuba la nanti. skali cuba pasti nk lagi. tapi di kb neh hanya time2 hujan jerk ada!