Thursday, December 09, 2010

Mengenai Selsema!!

Selsema

Selsema disebabkan oleh virus, terutamanya pada bahagian atas saluran pernafasan. Ada lebih kurang 200 hingga 250 virus yang boleh menyebabkan selsema. Ini menyebabkan anda boleh mendapat selsema yang agak kerap. Orang dewasa secara puratanya mengalami selsema sehingga 4 kali setahun. Budak yang masih kecil selalunya mengalami selsema lebih kerap, secara puratanya sehingga sekali setiap bulan.

Virus yang paling kerap menyebabkan selsema ialah rhinovirus. Virus-virus ini menjangkiti anda melalui sentuhan. Ia juga berterbangan di udara bila pesakit batuk atau bersin.

Tanda-tanda selsema

Antara tanda-tanda menghidap selsema ialah :

  • sakit tekak
  • sakit kepala dan sakit badan
  • mata berair
  • demam (mungkin disertai rasa sejuk dan menggigil)
  • hidung berair
  • hidung tersumbat
  • batuk, selalunya tanpa kahak

Rawatan

Selalunya selsema akan baik dengan sendirinya dalam masa seminggu. Apa yang anda perlukan ialah rehat yang mencukupi dan pengambilan air yang banyak.

Rawatan selsema bergantung kepada tanda-tanda yang dialami. Pengambilan anti-biotik untuk merawat selsema adalah tidak betul. (Sila lihat rencana penting mengenai anti-biotik dengan meng’klik’ di sini).

Tanda

Rawatan

Sakit tekakAmbil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.
Hidung berair / bersin / gatalAmbil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.
Hidung tersumbat
Anda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif).

Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

BatukAmbil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.
KahakAmbil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.
Demam
Ambil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Tanda

Rawatan

Sakit tekakAmbil lozenges untuk dihisap. Dequadin, Strepsil, Troches dsb. Untuk yang lebih kuat seperti Strepsil Dual Action, Difflam, Pharynx longes dsb boleh didapati dari farmasi.
Hidung berair / bersin / gatalAmbil anti-histamine dari farmasi atau klinik. Ada anti-histamine yang menyebabkan mengantuk dan ada yang tidak.
Hidung tersumbatAnda boleh mengambil decongestant seperti pseudoephedrine. Antara jenama ternama ialah Sudafed. Ada kalanya ubat selsema mengandungi anti-histamine dan decongestant 2-dalam-1. Decongestant tidak boleh diambil semasa ingin tidur kerana ia menghilangkan rasa mengantuk anda, oleh itu anda mungkin sukar untuk tidur.Orang yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi tidak boleh mengambilnya. Ahli sukan juga mungkin tidak dibenarkan mengambilnya kerana sifatnya yang berbentuk stimulant (menyebabkan anda rasa lebih aktif).

Penggunaan nasal spray yang disembur ke dalam hidung untuk merawat hidung tersumbat tidak boleh diamalkan lebih daripada 5 hari kerana ia akan menyebabkan rebound congestion di mana keadaan akan menjadi lebih teruk.

BatukAmbil ubat batuk yang mengandungi codeine atau dextromethorphan. Ia hanya boleh didapati di farmasi atau klinik.
KahakAmbil ubat yang boleh memecahkan kahak seperti bromhexine dsb.
DemamAmbil paracetamol / acetaminophen seperti Panadol dsb. Aspirin juga boleh diberi, tetapi ia tidak sesuai untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.Sesetengah ubat selsema yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi paracetamol. Jangan ambil paracetamol dari sumber yang lain kerana dos yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan anda.

Langkah-langkah pengawalan dan pencegahan

Beberapa langkah boleh anda lakukan untuk mengawal dan mencegah selsema :

  • Selalu basuh tangan anda. Ini kerana virus selsema boleh membiak melalui sentuhan.
  • Jauhkan dari orang yang kena selsema, terutamanya bila dia batuk atau bersin.
  • Jauhkan diri dari tempat yang sesak.
  • Orang yang mempunyai sistem imune (immune system) yang kuat, kurang dijangkiti selsema. Sila lihat di bawah.

Pemakanan yang baik untuk diambil semasa selsema, atau untuk menguatkan immune system anda ialah :

  • vitamin C 1,000mg sehingga 3,000mg sehari.
  • vitamin A. Dos yang tinggi sehingga 50,000 iu boleh diambil tetapi tidak boleh diambil untuk jangkamasa panjang. Untuk jangkamasa panjang, ambil beta-carotene. Beta-carotene akan ditukar kepada vitamin A bila badan anda memerlukannya dan ia tidak merbahaya sekiranya melebihi dos.
  • B6 dan B kompleks.
  • zinc dan zat besi (iron).
  • herba echinacea.
  • bawang putih (garlic).
  • fatty acid seperti yang terdapat dalam cod liver oil.
  • cider vineger.

Anda harus mengurangkan pengambilan :

  • susu atau makanan dairy yang lain
  • pisang
  • gula
  • kafein

4 comments:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

Angin Selat Melaka said...

Woo...info tersusun dan kemas...Siap dgn carta table supaya lebih fokus minda membaca dan membanding...Tapi takkan free je kot? Memandangkan anda telah perjelaskan isu ini panjang lebar, izinkan saya sambung dgn membawa para pembaca ke arah rawatan berkesan di:

Rawatan Pembasmian selsema dan Resdung

Syukur sebab setakat ni; website tu berjaya mengembirakan ramai pihak! Cuma org masih ramai tk tahu mengenai betapa berkesannya dia...Yg dah tau pasti kembali dan tekan button facebook 'Recommended!'

Anonymous said...

I know this if off topic but I'm looking into starting my own weblog and was wondering what all is needed to get setup? I'm assuming having
a blog like yours would cost a pretty penny? I'm not very web smart so I'm not 100% certain.

Any suggestions or advice would be greatly appreciated.
Thanks

My website how to buy followers on social media service twitter

Anonymous said...

Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it's really informative. I am gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future. A lot of people will be benefited from your writing. Cheers!

my blog: twitter engagement