Saturday, December 04, 2010

INFO: Kenali jenis kulit muka



1. Kulit wajah normal

  • Cuci wajah dengan air bersih dan pembersih wajah dengan produk pencuci berteraskan kulit wajah normal. Urut wajah perlahan-lahan untuk melancarkan peredaran darah supaya berseri.

  • Keringkan wajah dengan tuala lembut yang bersih. Jangan menggosok wajah dengan tuala, sebaliknya tekapkan tuala pada wajah hingga ia kering.

  • Gunakan penyegar yang lembut pada wajah. Elak daripada terkena kulit di sekitar mata untuk mengelakkan ia menjadi kering.

  • Akhir sekali, letak pelembap yang mempunyai rumusan SPF 15 pada wajah menggunakan hujung jari. Sapu dengan gerakan bawah ke atas untuk melindungi kulit.


    2. Kulit wajah kering

  • Pencuci wajah berasaskan minyak dapat membantu mengurangkan kekeringan kulit tetapi jangan terlebih menggunakannya kerana ia boleh menyebabkan alahan.

  • Gunakan pembersih wajah yang mampu menyingkirkan kotoran pada permukaan kulit. Selepas mengurut wajah dengan pembersih, biarkan ia seketika sebelum membersihkannya dengan kapas muka.

  • Langkah akhir paling penting ialah penggunaan pelembap pada wajah. Sapukan pelembap menggunakan hujung jari dalam gerakan bawah ke atas.

  • Guna pelembap pekat kerana ia mengandungi lebih air berbanding minyak.


    3. Kulit berminyak

  • Pilih produk pencuci wajah yang mampu mengawal kulit wajah berminyak. Caranya, basahkan wajah dengan air suam dan gosok lembut untuk mengekalkan kelembapan, menghilangkan kotoran dan minyak terkumpul.

  • Basahkan kapas dengan penyegar dan sapukan ke seluruh muka bagi memberikan kesegaran.

  • Gunakan pelembap dengan formula tidak terlalu berat untuk mengawal pengeluaran minyak.

  • Pastikan memilih pelembap wajah yang mampu menyerap pada lapisan kulit. Tekap juga seluruh wajah dengan tisu bagi mengawal kulit berkilat.
  • No comments: