Friday, December 31, 2010

Azam Baru?? Tips jika ada masalah kurang keyakinan diri!!

2010 Tahun Sudah Berlalu. hanya beberapa jam lg. Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia!~

azam yang tahun lepas tu. dah setle ke belum...???

nak listkan ape azam baru?? sememangnya mcm2 la kan, tp lebih baik setiap hari kite berazam.. dan tunaikan azam itu semampu yang mungkin..

Ada orang suka menyalahgunakan nama “Azam” dan kemudian mengatakan sia-sia sahaja membuat azam, tak pernahnya jadi.

Pengalaman saya lain pula. Alhamdulillah, kebanyakan azam saya tercapai, cuma cepat atau lambat sahaja. Dan kadang-kadang ia datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Lagipun bukankah Allah sudah berjanji kepada kita, berdoalah dan DIA akan makbulkan. Percayalah dengan yakin dan saya yakin, amat mustahil untuk anda tidak mencapainya, walau apa pun target anda. Cuma sooner or later sahaja.

Ada sesetengahnya yang mengambil masa yang sekejap untuk berjaya, ada yang mengambil masa lama sedikit, tetapi tetap tercapai akhirnya.

Cuba anda check. Anda sebenarnya berazam ataupun berangan? Bila anda berazam, anda at least buat sedikit tindakan ke arah untuk mencapai azam tersebut. Kalau berangan, hehe… sendiri mau ingatlah!

Tips saya jika anda ada masalah kurang keyakinan diri ini:

1) Senaraikan kejayaan anda dan bersyukur mengenainya. Bersyukur dan appreciate walaupun kejayaan yang kecil.

Ingatlah kejayaan yang kita anggap kecil itu sebenarnya pada orang lain adalah kejayaan yang besar, bahkan bagi kita sendiri beberapa tahun yang lepas pun adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

Jadi bila kita sudah mencapainya, bersyukurlah dan raikanlah.

2) Bila anda dah ada list kejayaan anda, barulah anda akan terasa “sedikit” hebat, positif dan sedikit termotivasi.

Mari kita kongsi.

No comments: