Wednesday, November 24, 2010

Stop Child Abuse! ‘Angkat tanganmu. Hentikan penderaan kanak-kanak sekarang!’

Perbalahan keluarga, mengikut teman lelaki, penagihan dadah dan masalah kewangan adalah antara punca utama yang dikenal pasti bagi kes penderaan kanak-kanak
APABILA nafsu amarah beraja di hati, manusia hilang kewarasan dan pertimbangan hingga sanggup menjadi pendera kepada anak sendiri. Inilah hakikatnya yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Apa jua perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual.

Ini termasuk:

  • Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  • Menyentuh bahagian sulit.
  • Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
  • Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
  • Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
  • Membuat panggilan telefon lucah,
  • Rogol.
  • Seks oral.
  • Liwat.
  • Pelacuran.
  • Mengintai.
  • Mencium.
  • Mengusap.
  • Mempamerkan aksi lucah

Apakah Tanda-Tanda?

  • Mengigau, sukar untuk tidur, takut kepada keadaan gelap.
  • Perubahan tingkah laku secara tiba-tiba - takut, marah atau menyisihkan diri.
  • Takut pada orang atau tempat-tempat tertentu.
  • Kencing malam atau menghisap jari bagi kanak-kanak yang besar.
  • Masalah perhubungan.
  • Berasa tidak berupaya/tidak berdaya.
  • Berahsia.
  • Sering bercakap tentang teman baru yang lebih dewasa.
  • Mencederakan diri atau kecenderuangan membunuh diri.
  • Menagih dadah atau alkohol.
  • Memakai pakaian berlapis-lapis.
  • Maruah diri yang rendah.
  • Berperangai seksual.
  • Gagal memberi tumpuan.
  • Gangguan pemakanan.

Anda Mempunyai Peranan

Ibu Bapa

  • Belajar bercakap/mendengar perasaan kanak-kanak tentang sentuhan dan hubungan.
  • Kenal-pasti tanda-tanda penderaan seksual.
  • Biasakan diri dengan khidmat bantuan sosial, contohnya, siapa yang harus dihubungi.

Golongan Dewasa

  • Tawarkan kemahiran profesional anda, contohnya dalam bidang komunikasi.
  • Sebarkan kesedaran dan maklumat kepada umum.
  • Bergiat secara sukarela dalam agensi gabungan dan sebagainya.
  • Belajar mendengar apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak disekeliling anda.
  • Sukarela untuk dilatih sebagai para kaunselor.

Kanak-Kanak (bawah 18 tahun)

  • Ketahui siapa yang harus dihubungi.
  • Ketahui hak anda.

Pusat Penjagaan Kanak-Kanak

  • Melatih pengasuh kanak-kanak tentang topik penderaan seksual kanak-kanak.
  • Melaksanakan Polisi Perlindugan Diri di pusat penjagaan dan menyediakan sistem bantuan dalaman dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Melaporkan kes penderaan kanak-kanak.

Pertubuhan Sukarela & Khidmat Masyarakat

Sertai sebagai badan bertindak dan tugaskan seorang ahli organisasi untuk melaksanakan tanggungjawab berikut:

  • Belajar kaedah memberi ceramah kesedaran menggunakan bahan-bahan P.S. The Children, MCRI
  • Memahirkan diri dengan khidmat bantuan.
  • Belajar menggunakan kit maklumat tentang penderaan seksual kanak-kanak.
  • Menghadiri latihan yang diadakan oleh P.S. The Children, MCRI.

Kementerian Pendidikan, Sekolah dan Universiti

  • Laksana dan sahkan Program Keselamatan Diri pada semua peringkat.
  • Latih guru dan kaunselor mengenai penderaan seksual kanak-kanak, khususnya pengendalian pendedahan.
  • Masukkan kurikulum penderaan seksual kanak-kanak dalam pengajian perubatan, pendidikan, undang-undang dan khidmat sains sosial di universiti.
  • Laksanakan Polisi Perlindungan.
  • Galakan usaha-usaha penyelidikan dan penerbitan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

  • Latih Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan ahli Majlis Kebajikan Juvenil mengenai Penderaan Seksual Kanak-Kanak.
  • Laksanakan Program Keselamatan Diri di pusat aktiviti.
  • Latih pegawai kebajikan bagaimana membimbing kanak-kanak untuk menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Polis

  • Sokong program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Latih ahli Kelab Pencegah Jenayah berkaitan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Mempunyai kemahiran khusus dalam menemubual mangsa penderaan.

Media

  • Didik orang awam tentang penderaan seksual kanak-kanak lebih kerap.
  • Bersikap sensitif terhadap kanak-kanak. Jangan dedahkan nama kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga yang tidak bersalah. Jangan dedahkan nama pesalah jika pesalah berkenaan adalah ayah atau saudara mangsa penderaan.
  • Jangan mengambil gambar atau menemu ramah mengsa penderaan.
  • Hentikan tumpuan terhadap kisah mangsa.
  • Buat susulan terhadap kes yang telah disiarkan.
  • Sokong kempen berkaitan seperti Minggu Kesedaran Penderaan Kanak-Kanak.

Organisasi Keagamaan

  • Adakan dialog dengan agensi gabungan tentang bagaimana pendekatan agama dapat membantu mencegah penderaan seksual kanak-kanak.

Rumah Anak Yatim, Pusat Perlindungan, Pusat Tahanan/Pemulihan & Pusat Kanak-Kanak Istimewa

  • Latih kakitangan tentang penderaan seksual kanak-kanak dan teknik pemulihan, perkembangan dan kemahiran hidup kanak-kanak.
  • Laksanakan Program Keselamatan Diri untuk kanak-kanak.
  • Sokong konsep pusat tahanan dan pemulihan mesra kanak-kanak.

Sektor Perundangan

  • Fahami mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
  • Sokong konsep mahkamah mesra kanak-kanak.
  • Tawarkan khidmat sukarela sebagai individu rujukkan.

Profession Perubatan Kerajaan dan Sektor Swasta

  • Fahami kerumitan, mangsa penderaan seksual kanak-kanak.
  • Laporkan penderaan seksual kanak-kanak.
  • Pusat Khidmat Bersepadu Mesra Kanak-Kanak untuk kes-kes penderaan kanak-kanak, di mana kanak-kanak diberikan janji temu dengan doktor-doktor yang berkaitan yang berada disitu.

Badan Korporat

  • Adakan seminar penderaan seksual kanak-kanak untuk pekerja.
  • Sokongan kewangan.
  • Sediakan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan kakitangan yang dilatih serta berpengetahuan tentang penderaan seksual kanak-kanak.
Hasil kaji selidik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyokong kenyataan ini apabila mereka mendapati bahawa mangsa dera lazimnya dilakukan oleh ahli keluarga sendiri.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta, agensi kerajaan, tadika, sekolah dan hospital adalah antara pihak yang sering menganjurkan kempen kesedaran tentang kes penderaan.

Sejak dari itu juga talian teledera diwujudkan dan talian untuk tujuan yang sama kini boleh dihubungi menerusi talian Nur 15999.

Saya berharap rakyat Malaysia lebih prihatin dan mendalami isu berkaitan penderaan kanak kanak selain menyeru individu dan komuniti supaya mempelajari cara-cara memberi perlindungan kepada kanak-kanak.

unicef

Dengan tema Angkat Tanganmu. Hentikan penderaan kanak-kanak sekarang!, Tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) kini giat mengumpulkan sokongan 100,000 tandatangan rakyat Malaysia sempena pelancaran kempen Mari Turut Serta (Get on Board) di Kuala Lumpur baru-baru ini.Kempen selama dua bulan membawa mesej melindungi kanak-kanak daripada menjadi mangsa dera. Kemuncak kempen berakhir pada Hari Hak Asasi Manusia, Disember ini.Wakil Unicef di Malaysia dan Brunei, Hans Olsen, berkata, dengan bantuan kemudahan digital untuk penyebaran maklumat, kempen berkenaan diharap dapat memantapkan kefahaman orang ramai mengenai penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Orang ramai kini boleh log masuk ke laman web http://www.uniteagainstabuse.my untuk menyatakan sokongan dan mengetahui lebih banyak informasi tentang penderaan.
UNICEF Malaysia

2 comments:

kelhome said...

aloh...ciannya budak2 tu kena dera

Nik Nurehan said...

bayangkan kalau kita duk tempat dia rang yg kena dera. kena cubit pun dh lebam ini kan pukul2.