Monday, November 01, 2010

SSP - Sijil Simpanan Premium


Bank Simpanan Nasional (BSN) membelanjakan lebih RM12 juta setahun untuk hadiah cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) yang menjadi salah satu produk simpanan paling popular dalam negara.

“Kesemua hadiah ini boleh dimenangi sesiapa sahaja dengan hanya simpanan minimum sebanyak RM10 bagi setiap unit sijil. Selain cabutan bulanan, BSN juga akan membuat Cabutan SSP High Savers pada Disember ini dan ia layak disertai penyimpan yang mempunyai simpanan minimum RM20,000. Simpanan minimum hendaklah dikekalkan sehingga tarikh cabutan dibuat.

“Hadiah-hadiah lumayan dan eksklusif termasuk kereta mewah BMW 120i Convertible, baucar barangan kemas dan SSP bernilai RM200 hingga RM25,000 bakal dimenangi penyimpan yang memenuhi kriteria ditetapkan.

No comments: