Monday, November 29, 2010

Sinopsis Drama Putera Katak – Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda baru Putera Katak akan ditayangkan pada 29hb Nov ni selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.


Cerita ini mengisahkan Putera Amar(Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya,Putera Zadora(Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya.Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar.

Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?Sama-samalah kita saksikan kesudahan cerita ini.



Episode baru drama putera katak ini bakal membawa penonton ke alam fantasi dan magis, drama terbitan Talisman Pictures ini telah diarahkan oleh Adam Hamid. Selain Nora dan Zizan, drama bersiri 20 episod ini turut dilakonkan oleh Fazren Rafi, Norseha, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah dan Hamidah Wahab.


Oleh itu, jangan lupa temu janji anda bersama “Putera Katak” bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Buat mereka yang sempat menonton, anda bolehlah menyaksikannya melalui siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9.

2 comments:

nasazfrog... said...

ermm tak sempat nak tgk,,, keje...

Nik Nurehan said...

takpe. malam kan ada ulangan!! ;)