Monday, November 22, 2010

Rezeki Halal Ada Di Mana-Mana!

Gini la si dia kalau tidak ke opis. mesti abiskan masa di tapak utk memerhati pekerja2 buruh ini membuat kejer. Penat beb sapa kata x penat buat keje ni. Yang pasti rezki halal! :)
Dari pagik hingga la ke petang duk wt keje ni x kira panas ke hujan, keje tetap kena dijalankan.

Islam menuntut umatnya supaya bekerja mencari rezeki. Sekiranya seseorang itu gagal mendapat kerja “makan gaji”, dia perlulah berusaha sendiri. Perkara ini disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: Jika kamu keluar (bekerja) pada waktu pagi dengan membawa kayu api untuk dijual (bagi mendapatkan rezeki) di pasar adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberi atau tidak, tidak akan memberi berkat kepada kamu. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat Muslim).

Bila memperkatakan mengenai berusaha sendiri, ramai yang melihat perniagaan sebagai satu sumber pendapatan. Benar, ramai yang berniaga untuk mencari rezeki. Walaupun ramai yang mengimpikan untuk memiliki perniagaan bernilai jutaan ringgit, namun perniagaan secara kecil-kecilan juga mampu memberi rezeki kepada kita.

Jelas bahawa rezeki halal ada di mana-mana dan bukannya di dalam pejabat yang berhawa dingin semata-mata. Soalnya, apakah kita mahu mencarinya dengan apa cara sekalipun atau mahu menunggu rezeki itu datang bergolek?

Ia juga banyak bergantung kepada cara kita melihat peluang-peluang yang terbuka luas itu. Sekiranya kita melihatnya sebagai satu cara mencari rezeki halal yang dituntut agama, kita akan melihatnya sebagai satu peluang.

Tetapi, tepuk dada, tanya selera.

No comments: