Monday, November 01, 2010

Kunci REZEKI


Istighfar dan Taubat - Ia adalah antara kunci rezeki paling besar. Setiap kali istighfar anda bertambah, maka akan bertambah pulalah rezeki anda, Insya Allah. Firman Allah swt (Surah Nuh ayat 10-12) yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya.”

No comments: