Wednesday, October 20, 2010

Separuh Akhir Piala Malaysia: Kedah 0-0 Kelantan

Keputusan semasa separuh akhir Piala Malaysia Kedah vs Kelantan:
KEPUTUSAN SETELAH TAMAT PERLAWANAN KEDAH 0-0 KELANTAN. Bagi melayakkan Kelantan ke peringkat akhir, mereka perlu menang, jika seri dengan jaringan let say 1-1 or 2-2, ini bermakna Kedah layak ke peringkat akhir kerana jaringan di tempat lawan. Jika seri 0-0, maybe kena bermain pada masa tambahan dan kalau seri lagi 0-0, perlu penentuan penalti

Minit 82: Indra dilayangkan kad kuning

Minit 76: Kad kuning pertama pada malam ini dilayangkan kepada Shahrunizam (Kedah)

Minit 75: Akmal Rizal dikeluarkan akibat kecederaan dan sekarang ini Kelantan bermain dengan 10 orang

Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan

Bagi separuh masa pertama, Kelantan telah menguasai permainan dengan 55% manakala baki 45% oleh Kedah. Tiada banyak percubaan tepat oleh kedua-dua pasukan iaitu hanya masing-masing 1 cubaan tepat manakala Kelantan lebih membuat serangan tetapi most of them tersasar.

Setelah 45 minit pertama, kedudukan masih seri tanpa jaringan
Setelah 8 minit berlalu Kelantan telah melakukan semua 3 pertukaran dan Subramaniam yang menggantikan Azizi hanya bermain 4 minit sahaja. Pemain-pemain Kelantan yang telah dibawa keluar adalah Azizi, Shakir dan Subramaniam. Kelantan tidak dibenarkan lagi untuk membuat pertukaran. Manakala Kedah telah membuat satu pertukaran

Azizi Mat Rose telah dikeluarkan pada minit ke-3 akibat kecederaan dan diganti oleh Subramaniam.

No comments: