Monday, October 25, 2010

Piala Malaysia : Tiket final Piala Malaysia RM30, RM50

Harga tiket biasa RM30, tempat duduk utama RM50

PERTEMUAN final Piala Malaysia 2010 antara dua finalis musim lalu, Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 30 Oktober ini menyaksikan harga tiket dinaikkan RM10 daripada harga biasa RM20.

Kenaikan itu menjadikan harga tiket perlawanan akhir berkenaan ialah sebanyak RM30 bagi tempat duduk biasa manakala tempat duduk utama FAM menetapkan harga sebanyak RM50. Bagi kanak-kanak pula tiket berharga RM5.

Mungkinkah FAM menyedari aksi final Piala Malaysia 2010 bakal menarik puluhan ribu penyokong menyaksikan perlawanan berkenaan kerana ia melibatkan pasukan Kelantan yang telah terbukti sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan mereka sama di gelanggang sendiri atau gelanggang lawan.

Hanya FAM yang boleh menjawabnya.

2 comments:

toru anaqi said...

nampak sangat nk duit...hoho..

Nik Nurehan said...

tulas. teruk tul FAM ni. beban jerk set kelate nk g nengok! haha. mahal beb.