Sunday, October 31, 2010

Esk kelantan CUTI! Hoyeaah!


Sekalung tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya memenangi perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2010 sekaligus menjadikannya sebagai juara baru bagi siri Piala Malaysia ni. Seronoklah rakyat negeri Kelantan dapat cuti umum esok setelah diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob sebentar tadi. Maknanya minggu depan ada dua hari cuti umum untuk negeri Kelantan termasuk hari pilihanraya kecil di Galas, Gua Musang.

Walaupun pada separuh masa pertama permainan Kelantan tampak hambar, pada separuh masa kedua pasukan Red Warriors bangkit dan berjaya menjaringkan dua gol dengan bergayanya yang disumbangkan oleh tandukan Hairuddin pada minit ke-56 dan gol kemenangan oleh gerakan solo Badri Radzi pada minit ke-65.