Monday, October 18, 2010

8 Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

8 cara mudah buat duit dengan blog kepada pembaca a new chapter of my life. Apa dia ye? Antaranya adalah:

1. Program Affiliate

  • Daftar sebagai agen affiliate dan dapat komisyen hasil daripada jualan kita.( konsep Pay Per Sale )
  • Sebagai agen affiliate, kita merupakan salah seorang agen pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang dijual oleh penyedia program affiliate tersebut.
  • Kita hanya perlu mempromosikan produk tersebut melalui link affiliate kita kepada orang lain dan terima komisyen bagi setiap jualan yang terhasil.

2. Pay Per Klik

  • Sertai Google Adsense bagi blog yang berbahasa English dan Nuffnang bagi blog yang menggunakan bahasa Melayu.
  • Adsense dan Nuffnang adalah program perkongsian pendapatan yang berkonsepkan “Pay Per Click” di mana produk mereka adalah perkhidmatan pengiklanan.
  • Kita yang menyertai program ini hanya perlu meletakkan kod iklan ke laman blog kita dan setiap pelawat yang klik pada iklan tersebut, kita akan dibayar pada amaun wang tertentu
  • Satu lagi program tempatan yang menjalankan konsep pay per klik adalah programDapatWang.com, cuma yang berbeza dengan adsense dan nuffnang adalah kita hanya perlu promosikan link URL kita kepada orang lain, dan setiap klik yang terhasil melalui link tersebut, kita akan dibayar pada amaun wang yang telah ditetapkan ( Anda tidak perlu meletakkan kod iklan pada blog anda, cukup sekadar banner atau link URL anda)
  • Contoh Link URL anda :

http://www.dapatwang.com/?id=ideainternet

3. Pay Per Lead

  • Kita akan dibayar komisyen dengan setiap Lead yang terhasil daripada link URL kita. Lead di sini boleh membawa maksud sebagai download produk, pendaftaran ahli baru dan banyak lagi. Pay Per Lead biasanya digunakan oleh usahawan internet untuk mengumpul senarai emel pelanggan yang berpotensi (targeted clients) bagi perniagaan mereka

4. Ruangan Iklan.

  • Kita boleh sewakan ruangan iklan di blog kita terutamanya jika blog kita semakin popular dan memiliki pelawat blog yang ramai setiap hari.

5. Perkhidmatan

  • Gunakan blog untuk menyediakan perkhidmatan tertentu mengikut kepakaran masing-masing.

6. Jual Produk Sendiri

  • Kita boleh menjual pelbagai produk di blog sama ada barangan digital seperti ebook atau video, @ barangan fizikal seperti CD, baju, atau barangan perhiasan.

7. Uploading File

  • Kita akan dibayar setiap kali kita share atau kongsi file atau gambar yang kita upload melalui laman web file hosting tertentu. Contohya Ziddu.com

8. Komen dan Beri Pandangan Sesuatu

  • Kita boleh sertai PayPerPost.com atau Reviewme.com di mana kita boleh buat duit secara online dengan hanya memberi pandangan atau ulasan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang disediakan.

No comments: