Wednesday, September 15, 2010

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mungkin ramai yang tahu bahawa 16 September merupakan hari cuti umum bersempena dengan ‘Hari Malaysia’. Dan tahun 2010 merupakan kali pertama 16 September dijadikan sebagai cuti umum. Hari Malaysia disambut bagi memperingati tarikh penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ketika itulah penubuhan Malaysia melibatkan Tanah Melayu, Borneo Utara,Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun terdapat konflik-konflik yang timbul menyebabkan terdapat negeri yang keluar dari persekutuan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei. Pengisytiharan Hari Malaysia ini penting bagi memberikan kesedaran tentang tarikh pembentukan Malaysia . Ianya juga dapat mengeratkan perhubungan antara rakyat di tanah semenanjung sehingga merentasi laut China Selatan.
Sumber :- Wikipedia

Untuk sambutan Hari Malaysia pada tahun 2010, ianya akan disambut di negeri Sabah bertempat di Padang Merdeka. Sesiapa yang berada di kawasan berdekatan bolehlah menyambut Hari Malaysia di sana.

” SELAMAT HARI MALAYSIA”
Diharap kita semua berbangga menjadi anak Malaysia. Jangan mengkucarkacirkan lagi perhubungan antara sesama kita.

-I’m Proud to be Malaysian-

1 comment:

ken said...

selamat hari malaysia =)