Sunday, September 26, 2010

Putu Mayam

* Stiap hari ahad, pasti ke pasar malam beret 12 di kota bharu utk membeli putu mayam ini! Wajib okeh. Maklum la sminggu skali jek ada pasar malam di situ. Kiranya psar malam yg tdekat la dengan rumah neh. Tapi nk jalan kaki tu mmg x larat la beb. Harus bkereta! hehe. Yeay!! hari ini 26 september 2010, supper dengan putu mayam! shedappp!! Thanks ayah sbb ikut kemahuan ank mu mau ke pasar malam.

Butiran Warisan : Putu Mayam
Jenis : Kuih-Muih (Kukus)

Latar Belakang Sejarah :
Putu mayam ialah sejenis pembasuh mulut bagi kategori kuih yang menggunakan kelapa parut dan gula melaka atau gula merah sebagai bahan utama. Ia terkenal di selatan India, Sri Langka, Malaysia dan Singapura sebagai makanan hidangan pagi atau petang.

Proses dalam membuat putu mayam ialah dengan mencampurkan tepung beras atau �tepung iddiyappam� dengan air atau dicampurkan santan, dan kemudian masukkan ke dalam acuan putu mayam untuk menghasilkan bentuk seperti bihun. Kuih putu mayam ini mempunyai bau yang wangi kerana santan yang digunakan dicampurkan dengan daun pandan. Ia mengeluarkan aroma wangi yang mampu membangkitkan selera. Namun, gula melaka menjadi pilihan kebanyakan penggemar kuih putu mayam