Tuesday, September 21, 2010

Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus

Warning ni mesti anda pernah lihat kan? Terutama kalau guna google chrome. Ini menunjukkan web/blog yang anda lawati telah diserang malware atau hackers. Mungkin juga malware dianggap itu tak berbahaya bagi sesetengah pihak..Namun tahukah anda yang ada juga malware dari web boleh berjangkit ke komputer anda dan membuat korang sakit jiwa? Iya, memang ada dan sangat berbahaya..

Terutamanya jika anda berdepan jenis rookit, malware, trojan atau worm yang mengganggu sistem komputer anda..ooppss bukan setakat itu sahaja, iya juga mampu berjangkit dengan komputer lain jika ada sambungan terbuka.

ooo lupa nak bagitau. Kenapa saya sebut malware dan bukannya virus ialah kerana virus adalah termasuk dalam malware atau malicious software.

Mengikut tafsiran wikipedia:

Software is considered malware based on the perceived intent of the creator rather than any particular features. Malware includes computer viruses, worms, trojan horses, spyware, dishonest adware, crimeware, most rootkits, and other malicious and unwanted software.

Malware ini mungkin berjangkit dari web,blog atau forum yang telah dijangkiti. Malware tersebut mungkin telah masuk ke sistem komputer pelanggan tanpa disedari ketika melayari laman tersebut. Ketika pelanggan upload files ke hosting, malware ini telah ikut sekali masuk ke akaun hosting mereka dan mula menyerang..

Yang jahatnya Malware ni, jika kita dah clear di akaun hosting..tapi belum clear di komputer kita, malware tu boleh menyerang kembali akaun hosting tersebut bila kita mula akses atau upload files. So..Penyelesaiannya, clear dulu malware di komputer, kemudian barulah boleh upload atau buat sebarang aktiviti pada akaun hosting anda..itulah pengajarannya.

Ok, nak dipendekkan cerita..tak semua antivirus boleh membuang malware berbentuk rootkit atau trojan ni..jadi anda perlukan suatu software yang diberi nama alti-malware untuk membuangnya. Jadi saya nak mengajak semua untuk install software anti-malware ni dan mula scan dan remove malware yang mungkin wujud pada pc/laptop anda tu. Software ni adalah software yang sama masa saya kongsi cara untuk remove virus VistaAvtivirus 2008 tapi ni versi lagi updated.

1- Download FREE latest version software Malwarebytes Anti-Malware
2- Selepas install, run software ni.
3- Ada 3 pilihan scan..saya cadangkan untuk mula ni, run dulu “Perform quick scan”..Lepas tu, bila dah ada masa terluang sikit atau sebelum gi makan, run pula untuk “Perform full scan”.
4- Software ni akan mengesan jika terdapat sebarang bentuk malware.
5- Jika dah habis scan, nanti akan keluar page list malware yang berjaya dikesan. Klik pada “Show Result”.
6- Tick pada semua malware yang dikesan dan klik “Remove Selected”.
7- Selepas selesai membuang malware ni, satu log report akan dikeluarkan.
8- Oleh kerana malware ni kebanyakkannya mengganggu pada file windows, kita terpaksa reboot pc atau laptop kita tu seperti disarankan oleh software ni..Klik je “Yes
9- Ok tu je cara guna software ni..oppps..nanti dulu. jangan lupa pastikan software anda ni di updates setiap hari tau..Free je update. Klik tab “Update” dan klik pada “Check for Updates”..
10- Ingat..setiap kali anda terklik pada web yang telah diserang, cubalah run software ni kot-kot malware tersebut sempat menyelinap masuk ke pc/laptop anda..

Sangat mudah kan menggunakan software ni? Jadi, janganlah tunggu pc/laptop anda diserang dulu baru nak cari anti-malware..software ni pun ringan dan FREE..ada yang berbayar tapi bagi saya, ianya tak diperlukan sangat..Tapi jika mampu, saya sangat sarankan.. Bagi yang Malwarebytes versi berbayar, bagus sebab ada Malwarebytes’ Anti-Malware protection module yang akan mengawal malware tersebut dari ceroboh masuk ketika anda melayari internet..Anda boleh membeli versi berbayar di Purchase Malwarebytes

Selamat mencuba menjauhkan pc/laptop/hosting anda dari serangan malware. Cuba scan pada pc/laptop anda dahulu untuk pastikan ianya dah dijangkiti atau belum..So, jika dah scan, apa result kat pc/laptop anda??

2 comments:

FeezMior said...

wahh..bagus entry ni.baru fizah fhm..hehe

tam said...

pehhh memang info yang amat berguna ni,rugi la pada sesiapa yang tak nang dn masuk kesini..