Wednesday, September 29, 2010

Cemburu Tanda Sayang?

Benarkah cemburu tanda sayang? ade benarnya dalam beberapa keadaan dan adakalanya tidak dalam kebanyakan keadaan…

tak dapat tidak, adalah lumrah manusia memiliki perasaan cemburu…dalam kisah percintaan setiap insan,Namun, pada pendapat Cik An soal cemburu ini adalah subjektif…sifat ini dimiliki oleh semua umat manusia tidak kira gender…cemburu yang mendatangkan kebaikan adalah bagus dalam memupuk hubungan cinta yang lebih mendalam berbanding cemburu buta…terserah pada diri masing2 utk mengarahkan perasaan cemburu itu sebenarnya…kita yang memilihnya…

Cemburu Yang Positif!
dapat memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.
dapat muhasabah diri dalam mengenal pasti dimana silap kita
dapat memberikan satu perspektif baru dalam suatu perhubungan
memberikan motivasi kepada diri kita

Cemburu Yang Negatif!
cemburu yang mencipta jurang antara pihak
memberi tekanan apabila melihat sesuatu tidak seperti yang kita kehendaki
mengeruhkan lagi keadaan semasa
mewujudkan rasa ketidakpercayaan antara pihak

No comments: