Tuesday, August 10, 2010

Tips Kejutkan Orang Bersahur

puasa
Salam semua.

Tips kejutkan orang bangun sahur. Kalau korang rasa bagus korang amalkanlah, tapi yang tak elok tu jangan plak korang tiru. Bak kata orang tua-tua yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

Ini dia cara-caranya nak kejut orang bangun tidur:

1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan.
2. Sentuh bahu org tidur tu, dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia.
3. Renjis air kat muka dia, sambil panggil nama dia.
4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
5. Tutup kipas/aircond.

Tapi kalau takde respon gak buat cara ni plak:

1. Jerit nama dia kuat-kuat!
2. Gigit ibu jari kaki dia, cam antu toyol gigit.
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
5. Goyang badan dia kuat-kuat then jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami, tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak KFC, atau McD tak pun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia, bagi ambik bau sikit.

Kalau takde respon jugak buat macam ni:

1. Pergi kat telinga dia, then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali.
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

macam mane dengan tips-tips yang diberikan ni? rase bagus gak idea diakan? Walaupun ada beberapa cara yang di anggap zalim, tapi berbaloi jugak, sebab kalau kita bangun sahur dapat la pahala lebih.

No comments: