Thursday, August 26, 2010

Jenis Kek Lapis Sarawak Afifi

Kek Lapis Anyaman

Saiz kek ini mengikut standard metrik (panjang x lebar x tinggi)mm dan beratnya ialah dalam saiz mengikut jenis iaitu (203 x 68 x 76)mm-3.0kg. Produk Kek Lapis Sarawak Afifi yang dihasilkan di antaranya ialah Kek Lapis Anyaman Pua Kumbu (3.0kg), Marina (3.0kg), Citrawarna (3.0kg), Lola (3.0kg) & Terendak (3.0kg). Terdapat juga di dalam saiz satu pertiga daripada saiz yang telah dinyatakan.
Kek Lapis Tradisi

Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Chunky Cadbury, Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Perodua, Kek Lapis Manjalara, Kek Lapis-X dan Kek Lapis Rintik Hujan antara produk keluaran Kek Lapis Sarawak Afifi. Saiz kek mengikut standard metrik ialah (203 x 68 x 64)mm yang mempunyai berat 2.0 kilogram. Kek ini juga terdapat dalam di dalam saiz satu pertiga dan separuh daripada saiz penuh yang telah dinyatakan.
Kek Lapis Roll

Antara keluaran Kek Lapis Sarawak Afifi bagi kek lapis roll ialah Roll Sonia, Roll Windmill, Roll Chona, Roll Strawberi, Roll Kipas, Roll Viva, Roll SpiderWeb & Roll Gadjet. Terdapat dalam satu saiz mengikut saiz metrik iaitu (203 x 35 x 35)mm (450gram).

2 comments:

Sis-Lin said...

klu dpt gi raya uma ann ni bestnyaa..dpt mkn kuih lapis byk2...huhuhuhu

Nik Nurehan said...

mesti la lin. keke. . jemput ke rumah!!