Sunday, May 09, 2010

**”SELAMAT HARI IBU”**

Buat yang masih ragu-ragu, bila hari ibu pada tahun ini, ianya pada hari Ahad ini bersamaan 10 Mei 2009. Bagi Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad ke’dua pada bulan Mei.

Mereka tidak mahukan harta, mereka tidak mahukan emas permata, dan mereka juga tidak mahukan duit kita. Apa yang mereka mahu hanya dua. Anak-anak mereka berjaya dan sentiasa mengingati mereka hingga ke’hujung nyawa.

Terlalu banyak kita lihat dan dengar kisah anak-anak derhaka kepada orang yang melahirkan mereka. Oh! sahabatku, janganlah begitu. Hargai mereka semasa mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana.

Akhir kata, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. Terima kasih kerana sanggup bergolok-gadai membesarkan anak-anak mu sejak dari kecil sehingga berjaya. Sesungguhnya tiada apa yang dapat mengandingi kasih sayang seorang ibu walau dengan apa cara sekalipun. I Love U mak!

terima kasih utk segalanya.

No comments: