Friday, April 23, 2010

Penangan ADAMAYA

Adamaya. Damn, I love to watch that drama series.

Here, I want to share with u guys the song. So, click the title song below if u want to download that song like me.


Drama ni berkonsepkan komedi romantik yang mempunyai barisan pelakon seperti Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.Drama Adamaya mula menemui penonton pada 6 April yang lepas dan ditayangkan pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 6.30 petang.

Drama yang mempunyai 23 episod ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan.

Sinopsis Adamaya

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju..

Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

P/s : cerita ni sesuai untuk tontonan seisi keluarga sambil-sambil beristirehat di waktu petang

4 comments:

kenwooi said...

typical drama story =)

Phang said...

Aku memang menunggu cerita ni dari kul 6 petang lagi.. Penangan dia memang kuat .. hihihi

cIk pEnNa said...

sy x berkesempatan untuk melihatnye..
;)

Nik Nurehan said...

yeah!! citer dia sgt best!! rugi sapa x nengok nya!
an yg x suka nengok tb kui 6.30 petang jd suka pulak. pantang tgk jam kui 6. ready dh dengan tb! awal2 lagik duk nanti. haha