Saturday, March 13, 2010

Sembahyang lah Kamu sblm Kamu Disembahyangkan...

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa Amalan kita
direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya..

Kisahnya..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita. Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu tolnya free , sekatan tol tiada, tiada jem.. Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhanu ntuk dinilaikan

Tapi..

Jika sembahyang di akhir waktu tol free juga tapi, sekatannya MasyaAllah

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan . Tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka..Jatuh berderai

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua. Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita, Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita, Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La.. Kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut.. Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita..Jatuh berderai amalan kita, Tak ade nilai.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi..
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka
Bersedialah kita menerima pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula. Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa

Ish..
Tak berbaloikan kita buat amal,tTapi tak sampai
Dahlah tu tak de nilai Kena azab lagi nanti..
Ya Allah.. Ampunkan kami, kerana lalai..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang...

Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.Amin..

No comments: